Pandangan dari orang ramai Seni bina bermusuhan

Rata-rata ramai orang ramai menentang aplikasi konsep seni bina bermusuhan dalam reka bentuk bandar dengan menyatakan yang bahawa seni bina sedemikian menjadikan ruang awam kurang selesa dan "bermusuhan" dengan orang ramai, terutamanya kepada penduduk sementara dan gelandangan. [76] Penyokong konsep seni bina bermusuhan pula mengatakan bahawa aplikasi seni bina bermusuhan tersebut jelas mewujudkan rasa pemilikan ke atas ruang sekaligus membantu mengekalkan ketenteraman dan keselamatan serta menghalang jenayah dan tingkah laku yang tidak diingini. [77]

Pada tahun 2018, artis kelahiran Britain, Stuart Semple telah menganjurkan kempen kesedaran awam melalui media sosial yang menggalakkan orang ramai meletakkan pelekat pada contoh reka bentuk bermusuhan dalam persekitaran mereka. [78] [79] [80]

Contoh seni bina bermusuhan yang disiarkan di dalam media UK telah membawa kepada penerimaan negatif oleh orang ramai. Yayasan Joseph Rowntree memberi amaran bahawa gelandangan di London akan meningkat dengan ketara lebih cepat daripada purata di seluruh negara.  Walau bagaimanapun, jenis seni bina bermusuhan juga telah meningkat. Sebagai contoh, Selfridges di bandar Manchester telah memasang pancang logam di luar kedai mereka untuk tujuan mengurangkan pembuangan "sampah dan merokok,". Hal ini menunjukkan seni bina bermusuhan selalu digunakan tetapi pihak yang memasang seni bina bermusuhan tersebut akan menjelaskan penggunaan yang lain. [44]

Rujukan

WikiPedia: Seni bina bermusuhan http://www.bbc.com/future/story/20131202-dirty-tri... http://hyperallergic.com/424567/stuart-semple-laun... http://journals.sagepub.com/doi/10.1177/0042098014... http://journals.sagepub.com/doi/10.1177/0042098019... http://www.stltoday.com/news/local/metro/metro-s-b... http://theconversation.com/the-use-of-sonic-anti-l... http://www.theguardian.com/cities/2018/jan/24/anti... http://www.theguardian.com/music/2018/aug/31/art-s... http://www.theguardian.com/society/2015/feb/18/def... http://www.theguardian.com/us-news/2016/jun/10/san...